|
Tuesday, May 26, 2009, 9:15 AM
Fakta menarik..
fakta nih,xtau la betoi ke idok..tp jom la sm2 kite kongsi.- Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.
- Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
- Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
- Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
- Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.
- Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.
- Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
- Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
- Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.
- Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
- Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.
- Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
- Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
- Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
- Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
psst: sy copy dr site nih
|
|
|
Profile
Assalamualaikum..terima kasih kepada insan yang sudi menjengah blog saya ni. Ermm.. xde yang speselnye,sakadar blog catatan harian. Blog ni xde khusus untuk sesuatu entry. Ape-ape crita sume saya sumbat kat sini..[ape da cm tauhu sumbat la] Dari crite pasal org,makanan dan macam-macam la. Okeh..nak kenalkan diri yang x brape orang nk kenal sgt, name saye EYA. umur dlm 20-an..muahahahaha..29 la..adeh,trase sudah cm da kerepot.
saye netap kat rawang [jgn tnye kt mn sy duduk..]. saya di ujudkan kat muke bumi ni pd 12 may taun bape ek? kalo da 29 skang..ko kire la sndrik! skolah ke x? wakakaka..sy ni sempoi2 je orgnye. tp sy rase saye ni cm garang2 sket,ala2 ibu mertueku..ala kasemmmm![iklan sat]. Saya mmg x keje,keje saye makan tdo,tdo makan.

Jgn riso la,mmg laki sy x kasi keje sejak kawen. dulu saye koje bagai 'minah karen' grrrrrrrr je..huhu..siapelah aku!
Saye ni suke sgt men tenet,saya kenali tenet ni lps kolah. Sempatlah jugak msk kelas blajo komputer ni. heyyyy..sy lulus ye ujian kelas tu. pastu baru ade tenet,sejak kawen. dulu dail-up je. siap kire tu,bp jam da main. x sempat nk wat pape. da off9. Sekarang,jgn harap la nk off9 awal2. selagi lom tutp mate,selagi tu la dok ketip2 kibod ni memalam bute. Saya ni suke gile bab2 mengedit. Mulenye tengok anak buah join myspace, myspace dia gune layout 'overlay'
dulu pikir2,ape ke mende la oberlay ni..pastu terus meroyan gile gaban kat myspace. skang beralih arah ke blogger lak. sesekali tuko angin org kate..hehe..tp cm best sket blog dr myspace,sbbnye blog ni manusia lebih 'jujur' crite tentang diri sndri. Xde yang meninggi dirikan. Nak dipanjangkan lagi crita karut ni, sy suke mende2 yang sesimple2nye. cm umah,sy x suke bnyk barang,tp store saye penuh brg yg mcm x gune. nk buang,mule la dok pikir..'bule pakai lagik nih'..simpan blk.
hehe..tu kire cm hobi x bgs la..erm..sy tutup ini crite sebentar..|go to...view my profile
Ape Buat tuh
All content found on the blog entries © Copyright 2010
Please seek my permission before redistributing my content!