|
Saturday, March 21, 2009, 9:28 AM
14 tahun sudah pegang Ijazah Sarjana Muda?
USIANYA baru mencecah 19 tahun tetapi gadis manis kelahiran kota metropolitan New York ini mencatatkan sejarah tersendiri bukan saja untuk diri serta keluarganya malah untuk wanita di seluruh dunia.
Ini kerana, ketika gadis seusia dengannya sedang asyik bergembira melewati zaman remaja, Alia pula bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menjadi profesor di salah sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan.
Anak kebanggaan pasangan Julie dan Mark Sabur ini mula bercakap dan membaca dengan lancar ketika berumur lapan bulan serta menghabiskan pendidikan di peringkat sekolah rendah ketika berumur lima tahun.
Ketika umurnya 10 tahun, Alia memasuki kolej dan empat tahun kemudian, di menerima ijazah sains pertamanya pengkhususan dalam bidang matematik daripada Universiti Stony Brook, Amerika Syarikat (AS). -> cerita selanjutnye di bwh..
 Kejayaan yang dicipta Alia sememangnya menakjubkan tetapi sebelum ini, dia pernah menggemparkan masyarakat di negaranya dengan menjadi remaja termuda menerima ijazah sarjana muda iaitu ketika berusia 14 tahun.
Tidak cukup dengan itu, Alia menerima ijazah sarjana pada usia 17 tahun dan ijazah kedoktoran (PhD) di Universiti Drexel, dua tahun kemudian dalam jurusan kejuruteraan sains dan bahan.
Kini, dia sekali lagi mencipta sejarah sebagai profesor termuda selepas dilantik sebagai profesor di bahagian gabungan kemajuan teknologi, Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan.
Warkah perlantikan yang diterima tiga hari sebelum ulang tahunnya ke-19 itu meninggalkan kenangan tersendiri bagi Alia kerana dia memecahkan rekod profesor termuda yang sebelum ini dipegang pelajar tokoh fizik terkenal, Isaac Newton, Colin Maclaurin sejak 1717.
Kata Alia dalam satu temubual baru-baru ini, ilmu pengetahuan adalah amat berkuasa tetapi ia lebih berharga jika dikongsi bersama.
“Tugas sebagai pengajar memang menyeronokkan. Ia adalah satu kerjaya yang mampu mengubah sesuatu, tanpa membezakan jantina seseorang.
“Menjadi seorang pengajar bukan sekadar apa yang anda boleh lakukan tetapi lebih kepada membantu orang lain berubah untuk mendapatkan apa yang mereka impikan.
“Saya tidak terlalu mengejar untuk mencipta sejarah. Apa yang saya utamakan ialah membantu ramai insan dengan ilmu yang saya ada. Itu lebih baik daripada segala-galanya,” katanya yang pernah bekerjasama dengan profesor di Universiti Drexel dalam kajian rawatan pesakit Alzheimer.
Di universiti itu nanti, Alia akan membantu dalam pengajaran di dalam kelas serta membantu kajian terhadap perkembangan teknologi nano yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Mengikut budaya Korea, setiap bayi yang baru lahir dianggap berusia setahun dan tambahan umur satu tahun bagi setiap tahun baru.
Jika di AS, Alia hanya berusia 19 tahun tetapi masyarakat di Korea menganggapnya sebagai seorang profesor yang berumur 20 tahun.
Biarpun akan memulakan tugas barunya tidak lama lagi, Alia masih meneruskan khidmat sebagai pengajar sementara dalam bidang matematik dan fizik di Universiti Southern, New Orleans, yang terjejas teruk akibat dilanda taufan Katrina, tahun lalu.
“Bagi yang mempunyai keupayaan dalam bidang kemanusiaan ataupun pembinaan, mereka membantu mangsa di New Orleans untuk membina kembali kehidupan.
“Begitu juga saya. Saya tahu, yang mampu dilakukan hanyalah di bidang pendidikan dan saya akan berbuat sesuatu untuk membantu mereka.
“Pelajar universiti ini sememangnya sentiasa dekat di hati saya kerana kebanyakan mereka masih dalam trauma selepas dilanda taufan berkenaan,” katanya yang berketurunan Iran dan AS.
Menyentuh rahsia kejayaannya, Alia berkata semuanya berdasarkan kepada keinginan untuk mengetahui sesuatu secara lebih mendalam.
“Saya berterima kasih kepada ibu dan ayah yang amat menyokong setiap apa juga yang dilakukan.
“Saya percaya, kejayaan saya semuanya adalah kurniaan tuhan dan persekitaran yang membantu,” katanya.
Selain akademik, Alia turut mempunyai bakat dalam bidang sukan terutama taekwando (memperolehi tali pinggang hitam ketika umur sembilan tahun) serta berkemahiran tinggi dalam bermain peralatan muzik seperti klarinet.
“Saya boleh dekati ramai orang menerusi muzik. Ia bukan sekadar hobi kerana saya menganggapnya sama penting dengan pencapaian akademik,” katanya yang meminati muzik daripada legenda terkenal, Mozart dan kumpulan U2.
Walaupun sibuk mengendalikan kajian, Alia kini berkongsi maklumat dan kepakarannya kepada umum di peringkat global dengan menjayakan beberapa siri ceramah.
Antaranya, syarahan bertajuk Belajar Secara Berkesan Dalam Memaksimumkan Sesuatu Potensi di ibu negara, baru-baru ini.
Sementara itu, berkongsi pengalaman menjadi ibu kepada anak pintar ini, Julie berkata, dia percaya tahap perkembangan anak yang baru lahir hingga berusia enam tahun adalah sangat penting.
Julie menyarankan ibu bapa agar rajin membaca kepada anak dan galakkan mereka menerokai alam bacaan.
“Luangkan masa untuk menjawab soalannya. Jangan kata, “mak sibuk, mak tak ada masa”. Kalau tidak mengetahui jawapan kepada soalannya, kata padanya, marilah kita ke perpustakaan untuk mencari jawapan.
“Selain itu, jangan menganggap mereka sebagai budak kecil, sebaliknya layan seperti orang dewasa kerana ia membantu mereka cepat mematangkan diri,” katanya yang sememangnya akrab dengan anak kesayangannya itu. kite umur 14 tahun,ms tu wat ape lah ye..
|
|
|
Profile
Assalamualaikum..terima kasih kepada insan yang sudi menjengah blog saya ni. Ermm.. xde yang speselnye,sakadar blog catatan harian. Blog ni xde khusus untuk sesuatu entry. Ape-ape crita sume saya sumbat kat sini..[ape da cm tauhu sumbat la] Dari crite pasal org,makanan dan macam-macam la. Okeh..nak kenalkan diri yang x brape orang nk kenal sgt, name saye EYA. umur dlm 20-an..muahahahaha..29 la..adeh,trase sudah cm da kerepot.
saye netap kat rawang [jgn tnye kt mn sy duduk..]. saya di ujudkan kat muke bumi ni pd 12 may taun bape ek? kalo da 29 skang..ko kire la sndrik! skolah ke x? wakakaka..sy ni sempoi2 je orgnye. tp sy rase saye ni cm garang2 sket,ala2 ibu mertueku..ala kasemmmm![iklan sat]. Saya mmg x keje,keje saye makan tdo,tdo makan.

Jgn riso la,mmg laki sy x kasi keje sejak kawen. dulu saye koje bagai 'minah karen' grrrrrrrr je..huhu..siapelah aku!
Saye ni suke sgt men tenet,saya kenali tenet ni lps kolah. Sempatlah jugak msk kelas blajo komputer ni. heyyyy..sy lulus ye ujian kelas tu. pastu baru ade tenet,sejak kawen. dulu dail-up je. siap kire tu,bp jam da main. x sempat nk wat pape. da off9. Sekarang,jgn harap la nk off9 awal2. selagi lom tutp mate,selagi tu la dok ketip2 kibod ni memalam bute. Saya ni suke gile bab2 mengedit. Mulenye tengok anak buah join myspace, myspace dia gune layout 'overlay'
dulu pikir2,ape ke mende la oberlay ni..pastu terus meroyan gile gaban kat myspace. skang beralih arah ke blogger lak. sesekali tuko angin org kate..hehe..tp cm best sket blog dr myspace,sbbnye blog ni manusia lebih 'jujur' crite tentang diri sndri. Xde yang meninggi dirikan. Nak dipanjangkan lagi crita karut ni, sy suke mende2 yang sesimple2nye. cm umah,sy x suke bnyk barang,tp store saye penuh brg yg mcm x gune. nk buang,mule la dok pikir..'bule pakai lagik nih'..simpan blk.
hehe..tu kire cm hobi x bgs la..erm..sy tutup ini crite sebentar..|go to...view my profile
Ape Buat tuh
All content found on the blog entries © Copyright 2010
Please seek my permission before redistributing my content!