|
Tuesday, September 23, 2008, 12:22 AM
Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqada
 Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
|
|
|
Profile
Assalamualaikum..terima kasih kepada insan yang sudi menjengah blog saya ni. Ermm.. xde yang speselnye,sakadar blog catatan harian. Blog ni xde khusus untuk sesuatu entry. Ape-ape crita sume saya sumbat kat sini..[ape da cm tauhu sumbat la] Dari crite pasal org,makanan dan macam-macam la. Okeh..nak kenalkan diri yang x brape orang nk kenal sgt, name saye EYA. umur dlm 20-an..muahahahaha..29 la..adeh,trase sudah cm da kerepot.
saye netap kat rawang [jgn tnye kt mn sy duduk..]. saya di ujudkan kat muke bumi ni pd 12 may taun bape ek? kalo da 29 skang..ko kire la sndrik! skolah ke x? wakakaka..sy ni sempoi2 je orgnye. tp sy rase saye ni cm garang2 sket,ala2 ibu mertueku..ala kasemmmm![iklan sat]. Saya mmg x keje,keje saye makan tdo,tdo makan.

Jgn riso la,mmg laki sy x kasi keje sejak kawen. dulu saye koje bagai 'minah karen' grrrrrrrr je..huhu..siapelah aku!
Saye ni suke sgt men tenet,saya kenali tenet ni lps kolah. Sempatlah jugak msk kelas blajo komputer ni. heyyyy..sy lulus ye ujian kelas tu. pastu baru ade tenet,sejak kawen. dulu dail-up je. siap kire tu,bp jam da main. x sempat nk wat pape. da off9. Sekarang,jgn harap la nk off9 awal2. selagi lom tutp mate,selagi tu la dok ketip2 kibod ni memalam bute. Saya ni suke gile bab2 mengedit. Mulenye tengok anak buah join myspace, myspace dia gune layout 'overlay'
dulu pikir2,ape ke mende la oberlay ni..pastu terus meroyan gile gaban kat myspace. skang beralih arah ke blogger lak. sesekali tuko angin org kate..hehe..tp cm best sket blog dr myspace,sbbnye blog ni manusia lebih 'jujur' crite tentang diri sndri. Xde yang meninggi dirikan. Nak dipanjangkan lagi crita karut ni, sy suke mende2 yang sesimple2nye. cm umah,sy x suke bnyk barang,tp store saye penuh brg yg mcm x gune. nk buang,mule la dok pikir..'bule pakai lagik nih'..simpan blk.
hehe..tu kire cm hobi x bgs la..erm..sy tutup ini crite sebentar..|go to...view my profile
Ape Buat tuh
All content found on the blog entries © Copyright 2010
Please seek my permission before redistributing my content!